TENTANG RIANG RIA

Riang Ria merupakan sebuah acara khas bagi para mahasiswa NUS untuk bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan menganjurkan acara sebegini, kami berharap agar ia dapat memberi peluang kepada para pelajar Melayu/Islam NUS untuk mengenali rakan-rakan yang lain dengan lebih mesra serta mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

SAMBUTAN ACARA LALU

Sebanyak 150 mahasiswa Melayu/Islam NUS menghadiri acara Riang Ria yang telah diadakan di ERC Rooftop, UTown pada 18 Oktober 2019.

Bagi edisi ini, pihak PBMUKS telah bekerjasama dengan MENDAKI sempena bulan ‘Raikan Ilmu’ yang bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Sempena segmen tersebut, kami telah mengundang Cik Darlene Nasril dan Encik Zuhdy Farhan sebagai tetamu undangan.

Cik Darlene merupakan mantan presiden PBMUKS bagi jawatankuasa yang ke-49. Kini, beliau bertugas sebagai ‘Constituency Manager’ di PA. Cik Darlene telah berkongsi pengalaman dan penglibatannya di NUS dan bagamaina pengalaman tersebut telah membentuk dirinya dari segi kepimpinan dan juga pembangunan sahsiah diri.

Encik Zuhdy pula seorang mahasiswa NUS tahun ketiga dalam jurusan ‘Real Estate’. Beliau juga merupakan ejen hartanah di bawah JNA Associates. Encik Zuhdy berkongsi tentang bagaimana beliau mengimbangi komitmennya dari segi pelajaran, kerjaya dan keluarganya.

Pandemik Covid-19 telah menunda acara Riang Ria, tetapi ia tidak menghambat semangat Anak Melayu NUS untuk menganjurkannya pada akhir tahun akademik 2020/21.

Buat pertama kali, Riang Ria dianjurkan di alam maya melalui wadah Zoom pada 16 Julai 2021, dan dihadiri lebih daripada 100 mahasiswa Melayu/Islam NUS, termasuk para alumni dan freshmen.

Bagi edisi ini, PBMUKS bekerjasama dengan Anak Melayu NUS kita untuk menjayakan acara ini. Persembahan-persembahan hebat oleh para mahasiswa seperti Wirda Hanee, Afiq Atan, Syasya Azman dan Amira Idris menghidupkan malam tersebut. Juga, acara tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh tetamu-tetamu undangan iaitu NUS Ilsa Tari dan Ian (peserta ME{R}DU 2021).

Para hadirin bukan sahaja dapat menonton persembahan-persembahan tersebut, malah mereka juga mendapat hadiah-hadiah yang menarik melalui permainan-permainan dan Cabutan Bertuah PBMUKS yang telah diadakan.

PAST PARTNERS / SUPPORTERS

  • null

    MENDAKI

  • null

    Raikan Ilmu by Mendaki

https://pbmuks.org/wp-content/themes/hazel/
https://pbmuks.org//
#c1c1c1
style2
paged
Loading posts...
#
on
none
#
Sort Gallery
on
yes
yes
off