Pentas Budaya merupakan pementasan teater tahunan yang bertujuan untuk menjadi wadah bagi mengetengahkan pelbagai isu sosial yang menjadi keprihatinan masyarakat Melayu. Pementasan sebegini diharapkan dapat dijadikan saluran untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan penonton terhadap masyarakat dan sistemnya sekaligus mendidik masyarakat umum tentang isu-isu yang dibentangkan dalam suasana yang menghiburkan.


TENTANG PENTAS BUDAYA
OBJEKTIF PENTAS BUDAYA
SAMBUTAN ACARA LALU
Pada tahun 2019, Pentas Budaya telah diadakan di Gateway Theatre, di mana ia menampung sebanyak 450 penonton. Pementasan tersebut menyingkap sebuah kisah tentang persahabatan dan keremajaan serta kepelbagaian sifat kewarakan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Kepelbagaian sifat kewarakan ini serta kesetiaan dalam persahabatan telah dimanifestasikan dalam bentuk 4 sekawan ini yang muncul dalam pementasan tersebut.




Pada tahun 2020 pula, untuk julung-julung kalinya, Pentas Budaya mengadakan bengkel bagi pemuda pemudi Melayu yang sedang mencari peluang untuk memutik minat dan sekaligus mendalami seni teater. Bengkel tersebut telah menarik minat ramai belia dan telah dihadiri oleh 38 peserta keseluruhannya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pengacara dan pelakon, Nadiah M. Din dan jurulatih lakonan, Syaiful Ariffin.








PAST PARTNERS / SUPPORTERS
Main Tulis Group
Malay Language Learning and Promotion Committee (MLLPC)
People's Association (PA) MESRA
SweetFavourSG
Nadiah M. Din
Syaiful Arrifin
Weddingku Gallery