TENTANG #PARADIGMA

#PARADIGMA bertujuan untuk memberi ilham kepada para belia berisiko untuk memenuhi potensi mereka dengan bantuan bekas pesalah sebagai mentor serta sokongan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kami ingin memperkasa mereka untuk menuju ke arah kebaikan dan memainkan peranan yang aktif dalam masyarakat serta memudahkan reintegrasi mereka ke dalam masyarakat.

SAMBUTAN ACARA LALU

Pada tahun 2019, #PARADIGMA bekerjasama dengan para belia Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC), bekas pesalah dari Projek Reben Kuning, Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA), para sukarelawan dari NUS dan kempen ‘Dadah Itu Haram’ dalam program yang dibahagikan kepada tiga fasa. Semasa fasa pertama, #akusedar, para belia berkenal suai dan menyertai bengkel kongsian yang dikendalikan oleh para pendamping dari Projek Reben Kuning. Pada fasa kedua, #kitaserupa, para belia dan keluarga bekerjasama dengan para sukarelawan untuk menyiapkan pelbagai hidangan di bawah bimbingan cef-cef dari Institut Allspice. Sebagai penutup tirai, fasa ketiga, #akumampu, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan para belia dengan aktiviti-aktiviti luaran seperti ‘scavenger hunt’, membersihkan pantai dan barbeku.

Pada tahun 2020, #PARADIGMA mengembangkan jangkauannya menerusi kerjasama dengan ahli-ahli Kumpulan Sokongan Bekas Pesalah (RSG), dan kembali ke CRC bersama program-program baharu yang bertujuan untuk memupuk kemahiran bermanfaat dan interaksi dengan masyakarat. Walaupun tidak berkesampaian disebabkan wabak COVID-19, #PARADIGMA menggunakan kuasa media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penyalahgunaan dadah dan mengongsi tentang kisah-kisah pemulihan bekas pesalah RSG dalam siri IGTV 'Renew'.

#PARADIGM4 meneruskan usaha mereka untuk mendekati dan memperkasa para belia CRC dengan acara-acara yang menarik dan bermanfaat. Walaupun menghadapai cabaran dek pandemik COVID-19, ia tidak membendung semangat mereka untuk mendorong para belia berisiko.

Bagi Fasa Pertama, jawatankuasa #PARADIGM4 turun padang ke CRC untuk berkenal suai dengan para belia dan mengendalikan bengkel kongsian bersama para pendamping daripada Kumpulan Sokongan Bekas Pesalah (RSG) yang hadir melalui wadah Zoom.

Untuk Fasa Kedua pula, para belia dan sukarelawan daripada NUS mencuba membuat pelbagai jenis tembikar dengan bimbingan oleh pakar-pakar daripada Thow Kwang Pottery Jungle. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang untuk para belia mempelajari kemahiran yang baru, dan juga mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Sebagai penutup tirai, para belia dan sukarelawan bergotong-royong untuk berbakti kepada masyarakat semasa Fasa Ketiga. Mereka membungkus beberapa habuan khas buat anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, dan juga bertungkus lumus menyiap dan membungkus makanan yang lazat dan berkhasiat untuk diagihkan kepada warga kurang bernasib baik di Willing Hearts.

Selain daripada aktiviti-aktiviti tersebut, jawatankuasa #PARADIGM4 juga telah menerbit siri IGTV, 'The Redefine Series', yang bertujuan untuk mengadakan platform bagi perbualan dan perbincangan tulus di antara bekas pesalah dan ahli masyarakat, dengan harapan ia dapat mengubah persepsi masyarakat terhap bekas pesalah secara positif. Siri tersebut melibatkan para mahasiswa NUS, bekas pesalah dan juga pendamping daripada RSG.

PAST PARTNERS / SUPPORTERS

  • null

    Youth Guidance Outreach Services

  • null

    Dadah Itu Haram

  • null

    Singapore Prison Service (SPS)

  • null

    TRYBE

  • null

    Yayasan Mendaki

  • null

    Badan Agama & Pelajaran Radin Mas (BAPA)

  • null

    Yellow Ribbon

  • null

    Reforming Support Group

https://pbmuks.org/wp-content/themes/hazel/
https://pbmuks.org//
#c1c1c1
style2
paged
Loading posts...
#
on
none
#
Sort Gallery
on
yes
yes
off