INFORMASI TENTANG ACARA INI

ME{R}DU merupakan acara yang merangkumi bengkel muzik dan konsert tahunan yang bertujuan menjadi wadah buat pemuzik muda mengasah bakat dan kebolehan mereka. Ia bermatlamat untuk meningkatkan penghargaan terhadap bahasa Melayu dan juga memperkayakan muzik Melayu tempatan. Melalui interaksi dengan pakar dan pemuzik mapan, kami harap para peserta dan mahasiswa/siswi dalam jawatankuasa acara ini akan dilengkapkan dengan pemikiran kritis dan kreatif.

SAMBUTAN ACARA LALU

Edisi ME{R}DU 2019 merangkumi sebuah bengkel penulisan yang dijayakan bersama Imran Ajmain, sebuah sesi rakaman muzik bersama The Leo Productions serta sebuah bengkel persembahan dengan Sofia Arissa. Acara ini menyampai kemuncaknya apabila konsert tahunan ME{R}DU diadakan di The Annexe @ Esplanade dan mendapat sambutan hangat. Tiket habis dijual dan konsert kali ini menampilkan barisan artis rantauan seperti Sufi Rashid dari Singapura serta Aziz Harun dari Brunei.

ME{R}DU 2020 merupakan edisi kelima acara ini. Kami bekerjasama dengan YungTauFoo & Homies, sebuah syarikat penerbitan tempatan yang semakin terkenal di media sosial, untuk merakam, menyusun dan menerbit lagu-lagu peserta dan juga menghasilkan video lirik pendek. Kami telah mengundang Adeep Nahar untuk menjalankan bengkel penulisan lirik. Kami juga mengundang ALYPH bagi menjalankan sesi soal jawab mengenai industri muzik. Edisi tahun ini ada kelainan dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dimana konsert tahunan terpaksa dibatalkan akibat COVID-19. Namun ia tidak menghambat usaha kami untuk terus menampilkan bakat-bakat para peserta acara ini. Buat pertama kalinya, lagu-lagu peserta ME{R}DU dimuat naik ke wadah penstriman (Spotify, Apple Music).

PAST PARTNERS / SUPPORTERS

  • null

    Imran Ajmain

  • null

    Leo Productions

  • null

    Sofia Arissa

  • null

    Sufi Rashid

  • null

    Aziz Harun

  • null

    YungTauFoo & Homies

  • null

    ALYPH

  • null

    Adeep Nahar

https://pbmuks.org/wp-content/themes/hazel/
https://pbmuks.org//
#c1c1c1
style2
paged
Loading posts...
#
on
none
#
Sort Gallery
on
yes
yes
off