TENTANG ERTI V4RSITI

ERTI V4RSITI merupakan suatu kolaborasi empat hala dengan Persatuan Bahasa Melayu Kebangsaan Singapura (PBMUKS), Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU (PERBAYU), SMU Malay Language and Cultural Club (SMU MLCC) serta SIM Malay Cultural and Muslim Society (SIM MCMS)  sempena bulan Ramadhan. Dengan slogan ‘Belia Berbakti, Memberi Kembali’, kami berharap agar ia dapat mendorong para belia untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bulan yang mulia ini menerusi kerja-kerja sukarelawan.

SAMBUTAN ACARA LALU

Bagi edisi ERTI V4RSITI 2019, kami bekerjasama dengan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah memandangkan kami telah memilih untuk membantu penerima zakat dari masjid. Acara ini menyasar untuk membantu lebih 100 keluarga yang memerlukan serta 40-60 belia berisiko.

Inisiatif ini merangkumi pelbagai acara sepanjang bulan Ramadhan. Acara yang pertama melibatkan pengumpulan dan pemberian baju kurung kepada mereka yang memerlukan. Acara yang kedua pula khas diadakan untuk kedua-dua golongan penerima bantuan kami. Untuk para belia berisiko, kami menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat mereka terhadap budaya dan bahasa Melayu. Ini termasuk mengajar mereka tentang seni dikir barat, paluan kompang dan juga cara untuk berdandan dengan pakaian tradisional.  Bagi keluarga yang memerlukan, kami mengadakan sebuah ‘mini-karnival’ yang merangkumi pelbagai permainan tradisional Melayu untuk kanak-kanak agar mereka dapat memperoleh pendedahan kepada budaya dan bahasa Melayu.

Kemuncak acara-acara ini diraikan dengan jamuan iftar bersama para sukarelawan yang ditaja oleh kempen Dadah Itu Haram.

Selepas rancangan tahun lepas tergendala dek pandemik COVID-19, Erti Varsiti kembali dengan acara yang lebih gah pada tahun 2021. Berlangsung pada bulan Ramadan & Syawal, Erti Varsiti tahun ini dianjurkan dengan kerjasama NTU Perbayu & SMU MLCC.

Dengan harapan untuk membantu mereka dalam persiapan untuk menyambut tibanya perayaan Hari Raya, Erti Ramadan bertujuan untuk mengagihkan Pek Kebajikan, sumbangan masyarakat kepada keluarga yang memerlukan di bawah jagaan Masjid An-Nur.

Erti Syawal pula dianjurkan untuk menyebarkan keceriaan kepada masyarakat melalui persembahan-persembahan serta permainan-permainan yang dikendalikan di wadah ‘Zoom’, menerusi watak adik-beradik Ali & Alya.

PAST PARTNERS / SUPPORTERS

  • null

    NTU PERBAYU

  • null

    SMU MLCC

  • null

    SIM MCMS

  • null

    Masjid Jamiyah Ar-Rabitah

  • null

    The Gift Community

  • null

    PA Mesra

  • null

    Foodpanda

Scroll to Top