TENTANG eMpower

eMpower merupakan usaha gabungan di antara PBMUKS dan NUSMS bersama dengan Mendaki yang bertujuan untuk memperkasa para mahasiswa Melayu/Islam di NUS untuk bersiap-sedia menempuhi alam pasca-universiti. Topik-topik perbincangan merangkumi aspek-aspek kerjaya, celik kewangan serta perbualan tentang kehidupan dan hubungan antara satu sama lain. Dengan adanya eMpower, diharapkan acara ini menjadi satu pembakar semangat buat para mahasiswa Melayu/Islam untuk terus maju ke hadapan dan menjadi wakil masyarakat yang berjaya kelak.

SAMBUTAN ACARA LALU

Acara ‘eMpower’ diadakan pada hari Sabtu (11 & 18 Januari), di NUS Shaw Alumni Foundation House dan [email protected]

Pada hari pertama acara ini (11 Januari), sebuah sesi perkongsian tentang kerjaya dan rangkaian diadakan. Untuk sesi perkongsian, ahli-ahli profesional yang terkenal seperti Dr. Siti Shahera Anwar, Encik Mulyadi Abdul Rahim serta Encik Raihan Halim dijemput untuk memberikan dan berkongsi pandangan serta pendapat tentang industri-industri yang mereka kecimpungi. Ini kemudian diikuti oleh sesi rangkaian di mana yang dikendalikan oleh lebih daripada 20 ‘alumni mentor’ dari 7 bidang yang berbeza (Pendidikan, Kejuruteraan, Administrasi Kesihatan Awam, Bisnes, Biofarmaseutikal, Media & Komunikasi serta Khidmat Awam).  Selepas makan tengah hari, acara ini dituruti dengan segmen celik kewangan bersama Ustaz Hatta Yunus serta Ustaz Nuzaihan Hamzan yang memberikan pelbagai tips tentang pengurusan kewangan sendiri (personal finance) dari sudut pandangan Islam.

Pada hari yang kedua (18 Januari), kami menjemput personaliti-personaliti terkemuka seperti Cik Sharon Ismail, Cef Mel Dean dan Encik Khairul Yunos untuk berkongsi tentang pengalaman mereka, bagaimana mereka mengharungi cabaran serta apa yang mendorong mereka setiap hari. Untuk segmen perbincangan tentang hubungan, Ustaz Luqmanul Hakim dan Ustazah ‘Alimatunissa berkongsi pengetahuan tentang bagaimana kita boleh mengimbangi hubungan bersama orang-orang tersayang sambil mengejar cita-cita tersendiri. Acara pada hari kedua juga didatangi oleh tetamu terhormat, Cik Rahayu Mahzam, yang juga merupakan seorang Anggota Parlimen untuk Jurong GRC.

Secara kesuluruhannya, lebih daripada 100 peserta menghadiri acara ini.

Edisi kedua 'eMpower' berjaya dilaksanakan walaupun dicabar oleh pandemik COVID-19. Dianjurkan dalam talian, edisi tersebut bertujuan untuk melengkapkan para mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan tentang alam kerjaya dan pasca-universiti. Ini dijayakan melalui empat siri yang mempunyai tema tersendiri dan diserikan oleh ahli-ahli profesional yang terkenal.

Bagi siri pertama, Encik Shamir Rahim dan Ustazah Amalina Abdul Nasir dijemput untuk membincang tentang isu 'Hustle Culture' dan 'Workaholic Lifestyle', dengan tujuan untuk memupuk kaum Islam yang produktif dalam kerjaya mereka.

Bagi siri kedua, Encik Nul Hakim dan Encik Zuhdy Farhan dijemput untuk membuka tema 'Gra-DUIT', dimana perbincangan merangkumi topik-topik seperti perancangan kewangan dan hal memperolehi rumah.

Tema tersebut dilanjutkan dalam siri ketiga, dimana Ustaz Firdaus Yahya bergabung tenaga bersama Encik Nul Hakim untuk mengongsi ilmu tentang isu pengurusan saham yang Halal dan sah dari sudut pandangan Islam.

Siri terakhir eMpower merupakan kemuncak acara ini yang dijayakan dengan kerjasama Mendaki Future Ready. Dirakam secara 'live' dari pusat [email protected], para penonton menyertai sesi soal jawab bersama panelis-panelis terhormat yang terdiri daripada Cik Faridah Saad, Cik Haseena Sham dan Encik Johann Johari. Acara tersebut diakhiri dengan sesi rangkaian dalam talian yang dikendalikan oleh lebih daripada 20 ‘alumni mentor NUS’ dari 7 bidang yang berbeza.

Secara kesuluruhan, lebih daripada 150 peserta menghadiri acara eMpower.

PAST PARTNERS / SUPPORTERS

  • null

    NUS Muslim Society (NUSMS)

  • null

    Yayasan Mendaki

  • null

    Persatuan Pemuda Islam Singapura (PPIS)

  • null

    AMP Singapore

  • null

    Masjid Darussalam

  • null

    Masjid Al-Islah

https://pbmuks.org/wp-content/themes/hazel/
https://pbmuks.org//
#c1c1c1
style2
paged
Loading posts...
#
on
none
#
Sort Gallery
on
yes
yes
off