Affectionately known as PBMUKS (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura), or NUS Malay Language Society, we are a registered society and a student-led organisation under NUS’ Office of Student Affairs
PBMUKS aims to promote and preserve the Malay language and culture and shape its undergraduates to be concerned citizens in the development of the community.

ABOUT US / TENTANG KAMI
Pada 19 Jun 1969, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan tidak beruntung bersama Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Registry of Societies). Sebelum ini, PBMUKS dikenali sebagai Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura (PBMUS) pada awal tahun 1960-an.
Sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, PBMUKS merupakan pemerintahan sendiri dan bukan sebahagian daripada entiti undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Bagaimanapun, sejak Ogos 2015, PBMUKS berhubung bersama 15 pertubuhan lain melalui Community Engagement Programme (CEP) Network, yang ditubuhkan oleh seksyen Penglibatan Masyarakat daripada Office of Student Affairs (OSA) di NUS untuk menggalakkan persefahaman dan kesedaran tentang pelbagai agama dan budaya dalam masyarakat pelajar NUS, untuk mengukuhkan ikatan masyarakat.
MISI KAMI
Sebagai wakil mahasiswa mahasiswi Melayu/Islam di NUS, ahli jawatankuasa PBMUKS bermatlamat untuk membangkitkan mahasiswa-mahasiswi yang kritis tentang budaya dan Bahasa Melayu serta prihatin tentang pembangunan masyarakat; dan melahirkan silaturahim di antara mereka bagi membina kehidupan universiti yang lebih bermakna.
VISI KAMI
Terbinanya insan akademis, pencipta, pengabdi yang bernafaskan Islam dan bertanggungjawab atas terwujudnya masyarakat yang adil dan makmur yang diredhai Allah s.w.t.

















RISALAH
RISALAH merupakan e-majalah terbitan PBMUKS yang bertujuan untuk mengongsi kisah-kisah Anak Melayu NUS dan juga usaha-usaha PBMUKS bersama semua. Dimulakan sebagai sebuah surat berita (newsletter) yang dihantar kepada pihak-pihak kerjasama, RISALAH kini diperbaharui untuk bacaan orang ramai.
Mari baca edisi RISALAH terkini melalui e-reader; paling sesuai jika dibaca dengan skrin penuh! (best viewed in full-screen)

MENGAPA NUS DIKIR?






PERSEMBAHAN
Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, NUSDikir telah menyertai pelbagai acara yang dianjurkan di dalam serta luar sekolah.
Antaranya termasuklah acara-acara kebudayaan seperti Malam Kesenian anjuran NUSMSS, Pesta Pantun 2019 anjuran PBMUKS, serta acara sukarelawan di Rumah Kebajikan Jamiyah, dan acara ‘A Walk Around Kampung Glam’ anjuran National Youth Council.
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh sertai NUS Dikir sekarang!