Risalah November 2016

unnamed

Assalamu’alaikum wr. wb.

Diharapkan risalah ini menemui anda dalam keadaan sihat sejahtera dan sebaik-baiknya iman insyaa Allah (:

Pengumpulan dana buat dua acara teras PBMUKS, Jom ke NUS dan ME{R}DU telahpun berlangsung pada minggu ke-11 dan ke-12 yang lepas. Dengan sukacita, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah menyokong usaha gigih anggota jawatankuasa ad hoc bagi kedua-dua acara ini.

unnamed-2

Pengumpulan Dana
ME{R}DU dan Jom Ke NUS

image-2 image

Pelbagai aneka kudapan seperti nutella rolls dan cupcakes yang lazat-lazat belaka telah berjaya dijual kepada rakan mahasiswa sekampus dan juga orang awam. Kami amat bersenang hati dengan sokongan meriah yang diterima. Jikalau anda terlepas peluang menikmati hasil produk buat kali ini, tidak usah khuatir. Nantikan perkembangan mengenai pengumpulan dana yang selanjutnya!

unnamed

Freshmen Orientation Camp 2017
NUSMS/PBMUKS
image-3

PBMUKS dan NUSMS bakal bergabung tenaga lagi untuk menganjurkan “NUSMS/PBMUKS Freshman Orientation Camp 2017”. Perkhemahan berunsur sosial dan orientasi ini diadakan setiap tahun akademik, dan seyogia besar undangan kami kepada anda untuk menyertai jawatankuasa perkhemahan kali ini. Pengalaman yang lumayan bakal anda meraihkan sama ada sebagai Penyelaras Projek ataupun Pengawai Kebajikan dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda berminat, segeralah mendaftarkan diri melalui pautan ini. Kami berharap dapat berjumpa anda pada sesi temuduga nanti!

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, sila membuat pesanan anda melalui emel kepada [email protected].

Comments are closed.