Kalendar 2016/2017

kalendar

Antara Acara-acara PBMUKS 2016/2017:

SIS(WA)RA 1 (Oktober 2016)

  • Sebuah forum tahunan yang mengetengahkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu/Islam bersama tetamu terhormat.

YOK BERSANTAI (Januari 2017)

  • Acara sampingan yang mempunyai aktiviti-aktiviti menarik bertujuan mengeratkan silaturrahim antara AJK PBMUKS dan anggota adhocs.

JOM KE NUS (Januari 2017 – Februari 2017)

  • Acara khususnya bagi pelajar menengah dan pos-menengah mengenali kehidupan sebagai seorang mahasiswa di NUS. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan keinginan anak muda Melayu/Islam Singapura untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

PESTA PANTUN (Februari 2017 – Mac 2017)

  • Pertandingan puisi tahunan yang dibuka kepada penyertaan kumpulan-kumpulan pelajar Singapura dan luar negara. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pantun dalam kalangan pelajar untuk membincangkan isu-isu masyarakat.

ME{R}DU (Februari 2017 – Mac 2017)

  • Acara teras yang akan dijalankan untuk tahun kedua bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat serta menyediakan ruangan khas bagi individu yang mempunyai bakat dalam nyanyian ataupun penulisan lirik.

SIS(WA)RA 2 (April 2017)

  • Sebuah forum tahunan yang mengetengahkan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan masyarakat Melayu/Islam bersama tetamu terhormat.

PENTAS BUDAYA (Mei 2017)

  • Sebuah pementasan yang memberi peluang keemasan bagi mahasiswa NUS mahupun pelajar-pelajar dari institusi tinggi untuk melibatkan diri dalam pementasan teater , sama ada sebagai kru depan ataupun belakang tabir.

 

 

 

Comments are closed.