Bicara Siswa

Bicara SiswaBicara Siswa, sebuah kolaborasi bersama Persatuan Pengkajian Melayu (Malay Studies Society), bertujuan mengajak para hadirin merenungkan pembangunan masyarakat sepanjang 50 tahun yang lalu. Sesi soal jawab bersama ahli panelis memberi wadah kepada para hadirin untuk bertukar pendapat dengan ahli panel tentang isu-isu pembangunan masyarakat.

Kami berpeluang mendengar pendapat Rahayu Mahzam, Dr Norshahril Saat dan Imran Taib dalam perbincangan ‘Belia, Agama dan Pembangunan Masyarakat’.

Ahli Panelis Bicara SiswaKanan ke kiri: Moderator dan juruacara pada malam tersebut, Faris Alfiq (AJK PBMUKS), Nurain (Presiden NUSMSS), Dr Noorshahril Saat, Rahayu Mahzam, Imran Taib, Said Mahadi (Presiden PBMUKS)

post04Sesi PERTAMA dibentangkan oleh Puan Rahayu Mahzam (Anggota Parlimen bagi GRC Jurong) yang menekankan kepentingan memikirkan mengenai pengaruh global dan kesan media sosial kepada pemikiran belia Singapura, sikap dan peranan belia Melayu-Islam, serta kepentingan menumpukan tenaga untuk bersama-sama memberi saranan yang praktikal mengenai langkah-langkah selanjutnya.

Antara isu yang disentuh Puan Rahayu adalah pendekatan mengajar Islam yang bukan hanya ditumpukan kepada isu Fiqh (halal/haram), serta bagaimana untuk mengawal ataupun meraih kelebihan daripada kepelbagaian pendapat yang kian meningkat antara belia di Singapura.

Dr Noorshahril SaatSesi KEDUA dibentangkan oleh Noor Shahril Saat (Research Fellow di ISEAS-Yusof Ishak Institute) yang mengupas isu ‘Wacana Islam Moderat di Singapura dan kesannya terhadap masyarakat Melayu-Islam’. Beliau juga berkongsi saranan bagi para belia menghadapi cabaran terutamanya di wadah media sosial.

Imran TaibSesi KETIGA dibentangkan oleh Imran Taib (Interfaith Activist) yang mengupas isu ‘Persoalan belia dan ruang kebebasan’. Beliau berpendapat bahawa semangat belia kian lesu dan belia hari ini tidak lagi berani untuk meluahkan pendapat yang berlainan daripada status quo, kerana ruang kebebasan yang sedia ada menghambat potensi dan perkembangan belia dalam menjana idea kreatif.

Menurut Imran Taib, ruang kebebasan yang patut disediakan seharusnya memupuk sikap ingin tahu serta keberanian meluahkan pendapat dan berexperimentasi. Dengan itu, kami seharusnya bersedia akan kesan pertembungan idea dan mempersediakan belia dalam kemahiran berkomunikasi secara terbuka dan bertanggungjawab serta berfikiran kritis. Beliau mengakhiri ucapannya dengan ungkapan “Biarlah sesat di jalan yang benar, asalkan tidak merasa benar di jalan yang salah”.

PBMUKS berharap para hadirin telah meraih manfaat daripada pembentangan serta sesi soal jawab bersama ahli-ahli panelis dan bersama-sama membangunkan semangat ingin tahu dan berdialog dalam kalangan belia.

This entry was posted in Acara-Acara Lepas. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *