Bicara dari AJK 16/17

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-withBendahari Agung PBMUKS 2016/2017

Muhammad Syafiq Bin Khairon

PBMUKS_Exco_028

“Ketika menerima tawaran untuk menganggotai jawatankuasa eksekutif PBMUKS yang ke-48 sebagai ketua Bendahari, saya berasa berbesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk mengendalikan hal ehwal kewangan sebuah persatuan yang disegani. Mentelah lagi, peluang menyertai PBMUKS membolehkan saya terus bergiat dalam memperjuangkan bahasa dan adat Melayu serta menyumbang kembali kepada masyarakat.

Saya amat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan Saudara Nasruddin selaku naib Bendahari. Beliau dikenali ramai sebagai seorang yang rajin dan boleh dipercayai. Sebelum ini, saya mengenali beliau ketika sama-sama menyertai JKN 2016 dan saya terpegun melihat dedikasi yang ditonjolkan beliau semasa menjalankan tugas.

Saya teruja setelah mendapat tahu ramai lagi seperti Saudara Nasruddin yang masih bersemangat dalam melestarikan adat dan Bahasa Melayu. Rakan-rakan seperjuangan di PBMUKS bekerja keras menganjurkan acara-acara yang boleh dimanfaatkan mahasiswa Melayu setempat dan masyarakat Melayu Singapura.

Pada pandangan saya, sebagai sebuah persatuan Melayu di peringkat institusi tertinggi di Singapura, PBMUKS berperanan sebagai pembimbing dan suri teladan kepada persatuan-persatuan Melayu sekolah Singapura. ‘Siswara’ sebagai contoh merupakan antara usaha PBMUKS menganjak pemikiran masyarakat dengan mengetengahkan topik dan isu yang melibatkan masyarakat Melayu serta membincangkannya dengan pemimpin-pemimpan dan pakar-pakar jemputan. Acara-acara teras PBMUKS telah berjaya menyediakan wadah untuk masyarakat Melayu Singapura dalam memupuk cinta terhadap Bahasa Ibunda dan mengembangkan penggunaan Bahasa Melayu.

Akhir kata, saya berbangga diberikan peluang berganding bahu dengan rakan-rakan PBMUKS yang bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti penat dalam menjalankan amanah dengan penuh berwibawa sebagai penaung, pembangun dan pemangkin. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan yang diberikan masyarakat Melayu Singapura dalam menjayakan acara-acara PBMUKS. Dengan harapan agar pelapis-pelapis anak bangsa kita dapat mengekalkan piawaian yang ditetapkan para pengasas dan memastikan kesinambungan usaha-usaha PBMUKS selama ini.”

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-withPenasihat Projek Pentas Budaya 2016/2017

Azfarihin Binte Aziz

“Pentas Budaya ialah sebuah acara yang menggunakan pementasan sebagai sebuah wadah kreatif untuk mencerminkan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Sebagai seorang penasihat, ia sangat berlainan daripada apa yang saya dibiasakan pada tahun-tahun yang lalu. Melihat perancangan dan penyediaan untuk acara ini secara sekilas, saya sangat berbesar hati kerana dapat menyaksikan para AJK Pentas Budaya bekerja keras untuk memastikan acara ini mencapai kejayaan.

Saya sangat terharu kerana dapat berkerjasama dengan Hakim dan saya yakin beliau dapat melaksanakan tugasnya sebagai seorang penyelaras projek dengan sebaik-baiknya. Dengan pengalaman saya sebagai penyelaras projek tahun lalu, saya harap saya dapat membimbingnya jika ada sebarang masalah yang dihadapi olehnya atau para AJK yang lain.

Acara Pentas Budaya memerlukan sokongan anda jadi jangan lupa untuk menyumbang semasa acara-acara pengumpulan dana kami!! “

Rujuklah ke halaman acara Pentas Budaya 2017 di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di NUSPentasBudaya !

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-withPenasihat Projek ME{R}DU 2016/2017

Johan Bin Sabri

“Saya rasa amat teruja apabila saya diberikan jawatan Penasihat bagi acara ME{R}DU 2017, dan lagi berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Darlene. Selepas bekerjasama dengannya bagi acara ME{R}DU yang pertama, saya yakin bahawa beliau, sebagai seorang peminat muzik, mempunyai kaliber untuk menjayakan acara baru ini.

Saya harap acara ME{R}DU dapat merealisasikan peranannya sebagai wadah penggunaan bahasa Melayu dalam karangan muzik bagi masyarakat Singapura. Salah satu aspek yang meningkatkan mutu acara ME{R}DU ialah penyertaan dari golongan belia: mereka merupakan pembangkit dan penaung masa hadapan kita. Dengan itu, penyertaan kami terbuka kepada pelajar-pelajar Singapura.

Pendaftaran bagi acara ME{R}DU sudahpun ditutup namun kami akan mengendalikan bengkel bagi peserta pada 11 Mac. Bengkel ini merupakan hari pertama bagi acara ME{R}DU yang akan dikendalikan oleh Mohd Khair dan Aqmal N. Mohd Khair. Mohd Khair merupakan salah satu ahli kumpulan Raushanfikir pada tahun 90-an yang amat berpengalaman dan berbakat dalam karangan lirik. Aqmal N. pula seorang juara Anugerah pada tahun 2004 dan sudah lama melibatkan dirinya dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa. 

Jika anda berminat untuk menyaksikan acara ME{R}DU 2017, sila luangkan masa anda untuk konsert terhebat kami pada 26 Mac di Pusat Seni Aliwal (Aliwal Arts Centre). Jangan lepaskan peluang ini! “

Rujuklah ke halaman acara ME{R}DU di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di ME{R}DU2017 !

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-withPenasihat Projek Pesta Pantun 2016/2017

Siti Nurulfikriyah Binte Jaini

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Apabila saya diberikan peluang untuk menjadi seorang penasihat bagi Pesta Pantun, saya berasa amat terharu kerana ahli AJK 15/16 mempercayai bahawa saya boleh memikul tanggung jawab sebesar ini. Setelah bekerjasama dengan Faezah dalam acara FOC 2016, saya mempunyai harapan dan kepercayaan yang besar bahawa Faezah boleh mengendalikan PP sebagai penyelaras projek yang baik. 

Saya harap bahawa acara PP akan dapat menarik perhatian masyarakat Melayu Singapura sebagai satu wadah yang mengaprisiasi keindahan dan keunikan tradisi Bahasa Melayu. Ini termasuk pelajar-pelajar menengah, politeknik, maktab rendah dan orang umum yang akan hadir sebagai penonton.

Pesta Pantun telah mengendalikan bengkel bagi peserta pada 21 Januari yang lalu di perpustakaan Bukit Merah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cikgu Nadiputra, seorang guru yang terkenal dalam persada tanah air. Beliau juga dikurnia Anugerah Persuratan, ANUGERAH TUN SERI LANANG 2013 oleh Majlis Bahasa Melayu. 

Jikalau anda tidak mempunyai sebarang pengalaman, kami masih mengalu-alukan penyertaan anda dalam acara PP. Kami harap acara ini dapat memupuk minat anda dalam persuratan Melayu. Dengan itu, kami berbesar hati untuk menyambut kedatangan anda!”

Rujuklah ke halaman acara Pesta Pantun 2017 di lelaman kami!

Ikuti Instagram mereka di pestapantunsg !

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-withPenasihat Projek Jom Ke NUS 2016/2017

Nurul Azirah Binte Johari

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Apabila saya mendapat jawatan sebagai seorang penasihat untuk acara Jom Ke NUS (JKN), dan mendapat tahu bahawa Azhar akan menjadi penyelaras projek untuk acara tersebut pada tahun ini, saya berasa sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Azhar untuk kali kedua. Saya berasa amat yakin bahawa Azhar boleh mengendalikan acara JKN pada tahun ini dengan baik.

Dengan ini, saya harap acara JKN dapat disebarluaskan kepada murid-murid dari pelbagai latar belakang, mahupun di sekolah menengah, politeknik, maktab rendah dan sebagainya, agar mereka dapat memupuk matlamat yang tersendiri apabila mendapat tahu tentang pilihan belajar di universiti.

JKN telah mengadakan sebuah ‘roadshow’ di Maktab Rendah Tampines pada 19 Januari 2017 dan kami sangat bangga kerana 21 orang murid hadir untuk acara kami. Kami harap ‘roadshow’ kami akan menjadi lebih meriah dan berfaedah bagi khalayak ramai.

Kami ingin menjemput anda semua ke JKN tour yang akan diadakan pada 11 Februari 2017 di NUS. Tour ini dikendalikan oleh ahli jawatankuasa JKN 2016/2017 untuk memberikan para peserta peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang fakulti-fakuti yang berbeza dan pengalaman hidup sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi di universiti.

Ini tentulah merupakan pengalaman yang baik untuk murid-murid yang ingin mengetahui lebih tentang melanjutkan pelajaran mereka di sebuah Universiti di Singapura!”

Rujuklah ke halaman acara JKN 2017 di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di jomkenus !

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-with

Penyelaras Projek Pentas Budaya 2016/2017

Nurhelmy Hakim Bin Irwan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Drama merupakan satu wadah untuk melestarikan bahasa dan budaya Melayu kita. Setiap tahun, Pentas Budaya melangkah ke arah tujuan yang dapat mempertingkatkan pengetahuan masyarakat sejagat tentang isu-isu yang relevan dan ketara pada masa kini.

Saya menerima jawatan saya sebagai PD Pentas Budaya 2017 dengan penuh harapan dan keyakinan. Sebagai pelajar tahun pertama, memang tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan pengalaman yang mampu saya raih. Pada mulanya, saya agak gementar untuk menerima jawatan sebagai PD kerana saya agak prihatin tentang kebolehan saya untuk megendalikan jawatankuasa saya sendiri tanpa sebarang pengalaman. Namun, apa yang membuat saya terima jawatan ini adalah minat yang mendalam terhadap drama dan budaya Melayu kita.

Saya percaya jawatankuasa PB17 akan bekerjasama untuk menentang segala cabaran yang akan dilalui dan pada masa yang sama, meraih pengalaman yang menarik sepanjang acara ini. Dengan kebolehan dan usaha mereka, saya berharap acara ini akan berjalan dengan lancar.

Untuk PB 17, kami akan mengembara ke arah yang lain dari tahun-tahun sebelumnya dari segi penulisan dan pementasan. Jadi saya harap, anda semua akan ikuti perjalanan kami sepanjang acara ini.

Saya juga berharap anda semua akan menyokong usaha jawatankuasa PB17 untuk menjadikan acara ini sebuah acara yang berjaya.”

Rujuklah ke halaman acara Pentas Budaya 2017 di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di NUSPentasBudaya !

 

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-with

Penyelaras Projek ME{R}DU 2016/2017

Nur Darlene Binte Nasril

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Jawatan sebagai penyelaras projek ME{R}DU 2017 sangat memuaskan. Ini sangat berbeza daripada jawatan saya sebagai pegawai pemasaran untuk ME{R}DU 2016 pada tahun lepas. Saya rasa memegang jawatan ini merupakan satu cabaran yang saya gemari, walaupun susah untuk saya menyesuaikan diri pada mulanya.

Kini, peluang keemasaan ini sangat bermanfaat bagi saya kerana saya dapat mempelajari bagaimana untuk membahagikan masa dengan baik antara sekolah dan aktiviti luaran seperti mengendalikan acara ini.

Oleh sebab saya telah meraih pengalaman semasa memasuki acara-acara ad-hoc pada tahun akademik yang lepas, saya rasa pengalaman tersebut agak berfaedah bagi saya kerana saya boleh memberikan nasihat yang terbaik kepada anggota AJK saya.

Dengan ini, saya harap anda semua akan menyokong kami secara berterusan dan semoga acara ME{R}DU akan mencapai kejayaan nanti.”

Rujuklah ke halaman acara ME{R}DU di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di ME{R}DU2017 !

 

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-with

Penyelaras Projek Pesta Pantun 2016/2017

Nur Faezah Binte Suhairy Alias Hairulanuar

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Pantun dipandang sebagai sebuah tradisi orang melayu dan hanya mereka yang berusia sahaja yang pandai memantun. Namun, melalui acara ini, sesiapa sahaja boleh lihat bahawa anak-anak muda kita fasih berpantun dan juga menggunakan bahasa ibunda dengan indah sekali. Pesta Pantun bukan sahaja ingin mengekalkan tradisi ini dan mempertahankan bahasa ibunda kita namun pada masa yang sama, mempamerkan kebolehan anak-anak muda kita dan juga menunjukkan bahawa bahasa tidak luput dikalangan generasi muda.

Walaupun saya bukan daripada ahli jawatankuasa pesta pantun 2016, kecenderungan saya kepada kesusasteraan dan budaya melayu menarik saya untuk mengambil tugas menyelaras Pesta Pantun 2017. Saya pasti bahawa dengan sokongan dan kerja keras ahli jawatankuasa saya, kami mampu mengendalikan sebuah temasya yang berkualitas tahun hadapan. Idea-idea baru yang diusahakan oleh kami untuk temasya kali ini akan diperkenalkan dan saya berharap agar ini dapat meningkatkan lagi mutu pertandingan tahun hadapan.

Akhir sekali, saya berharap agar anak melayu tidak takut untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dengan kreatif dan melibatkan diri dalam apa-apa acara yang bertujuan untuk menaung budaya dan bahasa melayu.”

Rujuklah ke halaman acara Pesta Pantun 2017 di lelaman kami!

Ikuti Instagram mereka di pestapantunsg !

 

1940571617-photos-of-transparent-scroll-border-scroll-clip-art-with

Penyelaras Projek Jom Ke NUS 2016/2017

Azhar Bin Rahmat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Sejak saya memasuki Jom Ke NUS (JKN) tahun lepas sebagai ketua perhubungan awam, saya teringin sangat untuk menjadi PD bagi JKN kerana saya mahu membantu generasi muda kami di Singapura.

Kini, saya berasa sangat terharu kerana mendapat peluang kedua untuk membabitkan diri saya dalam acara teras JKN. Kali ini, saya diberikan tanggungjawab yang lebih besar, sebagai Penyelaras Projek untuk JKN.

JKN merupakan acara pertama PBMUKS dan ahli-ahli jawatankuasa JKN sudah memulakan tugas mereka semenjak dua minggu lepas. Pelbagai idea bagi ‘Roadshow’ dan ‘Tour’ sudahpun ditetapkan dan pegawai pemasaran kami sedang mencari penaja dan juga memikirkan idea bagi mengumpul dana.

Sebagai penyelaras projek, saya berasa amat ghairah disebabkan banyak tugas yang harus kami lakukan dalam jangka masa yang singkat. Namun, saya pasti ahli-ahli jawatankuasa saya amat berkebolehan dan akan mengendalikan tugas mereka dengan baik dan sempurna.”

Rujuklah ke halaman acara JKN 2017 di lelaman kami!

Ikuti juga Instagram mereka di jomkenus !

 

 

Comments are closed.